Thursday, February 17, 2011

Macaron Macarina

Sejak aku belajar macaron dengan Nomie dari Kelang pada Hari Wilayah yang lepas...makin menjadi-jadi obsession ku terhadap macaron ni...gerammm sangat-sangat tengok all those beautiful colors and flavors put together in a box... After a few weeks baru lah aku dapat peluang mempraktiskan skill macaron yang aku belajar sebabkan sibuk menyiapkan order cupcakes dan membantu urusan wedding Shah and Debby.

My first attempt ialah pada hari Isnin lepas, that is Valentine's day...macaron ku terlebih gaullah pulak...menjadikan ianya melepek masa proses pengeringan... tapi terkejut jugak sebab bila bakar...menjadi, ada kaki pulak...rupa pun ala-ala Laduree punya macaron.. sangat happy jugak... walaupun rupanya ada cacat sikitla...herot-berot...

Semangatku terus membuak-buak...terus buat bancuhan kedua...kalini aku pukul dan gaul dengan penuh kasih sayang you...confident giler...tapi hampa...macaron ku pecah kat atas...frust you!!! Aku pun sms Mahaguru Macaron ku Nomie...dia kata tak cukup kering la tu...hehehe...dah agak dah...excited sangat aku sampai tak sabar-sabar nak bakar... so hasil macaron ku batch kedua warna biru tu aku bagi maid ku Seri bawak gi kenduri kaum kerabat dia...habis you!!

Sebabkan tak puas hati yang amat dengan batch kedua tu, aku pun order lah macaron cantik gorgeous yang ku jumpa kat internet...that is AngelCupid Kitchen...the owner of that bloq is Rina Shariff... aku pun register gak class macaron dengan dia bulan Mac ni...
Cita-citaku untuk menjadi macaron baker yang berjaya diteruskan Khamis 17 Februari 2011...dan puas... hati macaron ku kali ni gorgeous...sempat buat satu kaler jer...warna coklat dan aku tempelkan choc ganache lebihan topping cupcake ku...marvelous you!!!...

My macaron mission akan diteruskan...hopefully boleh start jual macaron-macaronku yang lovely bulan Mac ni...tungggu!!!!

Thursday, February 10, 2011

Happy Birthday Ummi

My Stepmom In Law punya birthday pada 29 Januari 2011 lepas pulak sempat aku buatkan choc chip cuppies yang sangat comel (saiz xs) dan chocs... hope ummi suka... licin pun cupcakenya...makin menjadi-jadi minatku merias cuppies...
Ni pulak chocs untuk Ummi...

Oreo Chocs Chinese New Year



Chinese New Year lepas sempat gak aku menyiapkan tempahan oreo chocs dari Puan Teoh Ai Suan dan Farihah. Thank you yea...

My Basic Cupcake Class


Pada 8 Januari 2011 lepas I sempat attend kelas basic cupcakes with Lynn Hassan. Memang best kelas ni...sabar betul Lynn mengajar kitorang especially pipe rosette atas cupcakes...then ajar pulak gentel fondant and gum paste...penat you...tapi hasilnya sangat memuaskan...

Memandangkan aku ni hantu cupcake...so minggu ni nak pegi special cupcake class pulak...mekacih Lynn atas tunjuk ajar u tu...

Assorted Cupcakes 11 Februari

Semalam, 10 Februari 2011 aku berjaya menyiapkan 2 set cupcakes Medium size of 12 pieces each. Satu ditempah Kak Chawiyah untuk makan-makan anak-anaknya....that is choc ganache topping, buttercream and fondant... anak-anak Kak Chaw semuanya perempuan...sebabkan last minute order, ni aje la yang mampu aku buat...flavor choc chips and strawberry.

Lepas tu pulak...sempat jugakkk aku buatkan another 12 pieces pinky cuppies, campur-campur buttercream dan fondant untuk ole-ole kawan-kawan di Kuching, Norisz tukang bawak..hope korang suka...tak cukup masa, tu yang buat satu kaler jer...makan masa betul menggentel fondant nih....yang kelakarnya.. my second son punya teruja tengok hand bag, kasut and bikini and siap suruh aku buatkan untuk dia... aku tanya..." Angah ni lelaki ker perempuan nak cupcakes pompuan ni???" dia jawab... " Nak bagi teacher la mama... hari guru nanti"... so thoughtfulnya anakku baru 6 tahun dah siap plan apa nak bagi teacher...tak tido la aku hari guru tahun ni menyiapkan order Faiz Imran....

Wednesday, February 9, 2011

My First Cuppies Order





Hmmm look at that...my first cupcake order from Pn. Ai Suan for Chinese New Year..Nampak Pn. Ai Suan sangat happy dengan hasilnya...xie...xie.

Hadiah Perasmian Blog

Waduh...Mbak Syaz...susah..susah aja berikan gue hadiah special sempena kejayaan gue mempunyai blog sendiri dan kejayaan gue mendapat bisnis cupcake yang pertama... kok cantek banget...nggak tega saya mahu memakainya dong! Semoga Kitty D' Hati terus sukses ...hehehe...

Thursday, January 27, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Wow...tak sangka impianku sebagai minah blog menjadi kenyataan pada tarikh keramat 27 Januari 2011. Selama ni dok asyik admire blog orang sajer... well...I'm so speechless tak tahu pulak apa nak tulis... Actually aku create this blog untuk mengabadikan my hobbies in baking and cooking. Tapi biarla juga blog ini menjadi platform untuk aku berkongsi apa saja...about life, about anything.... Hari ni juga tarikh keramat to my best friend Syaz yang telah mendapat first customer untuk "mini gift shopnya", bilalah impian kita nak berenti keje and bukak kedai menjadi kenyataan kan...kan...

Sure uols tertanya-tanya kenapa tajuk blog ni After 5 Cupcakes and Chocs. Actually, aku blaja buat cakes dan lain-lain untuk family consumption sahaja, but all of a sudden ada pulak kawan-kawan dan sedara-mara yang suruh aku jualkan hasil tangan aku... so, aku namakan After 5 sebabnya well aku ni working mom...and kerja-kerja baking and buat chocs ni hanya mampu ku buat after office hours, that is 5pm...jadi terciptalah After 5 Cupcakes and Chocs...

At this moment, baking and decorating cakes has become my main passion. Rasanya lepas ni kalau gue ke Bandung, nggakk lagi shopping tas sama baju... mungkin cari barang-barang kek and chocs mould lah pulak.....well sekurang-kurangnya menambah pendapatan daripada selama ni asyik mengabihkan boreh jo kato orang... Dulu bila tengok my mom buat kek sampai tak hengat nak tido aku menggelengkan kepala...tapi kini baru ku tahu penangannya...and lepas ni... mak kena ajar aku buat kek continental pulak...dan semua skill-skill mak akan ku pastikan menjadi milikku jua...

For my final say for today...syukur Allah telah memberikan petunjuk dan membukakan pintu hatiku to this new adventure....